Menu berbuka hari ini: Roti nan bersama chutney. Juadah ini adalah hasil dari air tangan sendiri. la disediakan dengan cara yang sederhana sahaja. Dari segi rasa ia menjadi hidangan yang agak sedap juga berbanding dengan hidangan lain yang pernah disediakan sebelum ini.
Dari segi rupa dan persembahan ia tidaklah nampak hebat atau menarik sangat. Ini kerana ia disediakan dengan agak cepat. Selalunya penyediaan bermula sejurus sebelum tibanya waktu makan. Jadi ada keperluan untuk disiapkan segera agar tidak terlewat waktu makan.
Fokus penyediaannya juga tidak memberi perhatian kepada persembahan tetapi sebaliknya hanya untuk makan sendiri dan segera.
Bila roti digulung macam ni, baru nampak lebih cantik.