Sunday, November 13, 2011
Selepas lama menyepi
Hujung minggu ini saya berkesempatan menyertai sekumpulam orang muda yang bertekad menceburi bidang penulisan kreatif untuk tujuan berdakwah. Dah agak lama saya tidak menyertai kumpulan sedemikian, sudah hampir dua tahun rasanya. Walaupun masih terlibat dengan perbincangn di bilik kuliah dengan pelajar-pelajar, diskusi yang baru lepas itu agak berbeza. Agaknya dek kerana sudah agak lama tidak mengalami suasana demikian ia boleh menimbulkan kesan yang lebih baik berbanding penyertaan di masa-masa lalu. Betullah kata orang hidangan yang lazat sekali pun kalau setiap hari memakannya boleh mengurangkan rasa lazatnya, hilang "uhmm"nya . Jadi harap-harap tempias semangat dan kesungguhan mereka turut mengenai diri saya.
Wednesday, June 29, 2011
Refleksi 1
Pagi tadi saya telah pergi melawat anak-anak saya yang masih di sekolah menengah. Sewaktu memandu memasuki pintu pagar sekolah melewati pondok keselamatan dengan melambai tangan kepada seorang petugas di situ suatu perasaan yang mesra menyelinap di fikiran. Terbayang betapa berbezanya suasana ini dengan pengalaman melawat anak-anak di sekolah lain sebelum ini. Secara langsung saya terasa semacam kita telah diterima menjadi sebahagian anggota komuniti sekolah ini, sebenarnya kita adalah stake holder di sini, bukan sebagai orang asing yang terpaksa menjelaskan dan kadang-kadang merayu kepada pengawal keselamatan untuk memasuki premis sekolah. Perasaan ini memberi kewajaran akan budaya di sekolah ini bahawa ibu bapa tidak diragui dan tidak dianggap sebagai penambah masalah kepada pihak sekolah. Terbayang sebaris ucapan pengetua sekolah yang satu lagi itu yang kira-kira begini bunyinya "ibu bapa perlu faham saya bukan sahaja menghadapi karenah daripada kira-kira 700 pelajar sekolah ini, saya juga terpaksa mengurus karenah ibu bapa mereka, jadi sebenarnya saya terpaksa mengurus kira-kira 2000 orang di sekolah ini!", yang telah menggolongkan saya dan isteri sebagai orang berkarenah dan membebankan pengurusan.
Sebenarnya anak saya agak kurang sihat hari ini dan dibenarkan berehat di bilik sakit di asrama sekolah. Jadi saya ingin pastikan keadaan kesihatannya dan melawatnya di bilik tersebut. Sewaktu sedang melepasi dewan sekolah terasa pula perut kurang selesa lalu saya singgah di bilik air tepi dewan berkenaan. Tiada pelajar atau sesiapa di situ kerana sesi pembelajaran sedang berlangsung di bilik darjah. Walau pun tiada sesiapa di sekitar dewan besar itu bilik tandas tidak berkunci, keadaan yang tidak berlaku di semua sekolah. Suasana bilik itu juga bersih. Dapatlah saya menenunaikan hajat dengan selesa. Saya mengandaikan ini adalah keadaan biasa di sini dan ini memberikan saya satu perasaan senang dan tenteram. Dan saya terfikir mungkinkah ini juga salah satu keadaan dan suasana di sekolah yang kondusif untuk kehidupan, tumbesaran, dan mendapat pendidikan?.
Monday, December 20, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)

