Assalamualikum!
Subuh pagi ini saya menerima berita ada kamatian di rumah adik saya di Beris Bachok. Arwah adalah adik kepada ibu tiri saya yang juga sudah tak berapa larat, dulu dia dia tinggal tempat lain, bila dia dah tak berdaya kerana sakit adik saya ajak tinggal dirumahnya. Semoga Allah memberi ganjaran setimpal atas kemuliaan budinya itu. Benarlah bahawa dalam setiap kejadian Allah itu ada hikmah dan iktibar bagi orang yang ingin mengambilnya.Selain memungkinkan seorang Islam menzahirkan kualiti rabbani dalam diri, peristiwa atau musibah seumpama ini telah mempereratkan ukhuwah dan silaturrahmi sesama muslim mahu pun sesama insan. Ia telah mempertemukan individu-individu yang dulu tidak dijangka dapat bertemu, lantas mengubat kerinduan yang mendalam sebelum ini, segaligus menjadi penawar untuk masing-masing menghadapi musibah ujian Allah yang mendatang.
salam ziarah cikgu,
ReplyDeleteal fatihah buat aruah.
sungguh mulia pengurbanan adik cikgu ni..menjaganya sehingga dijemput..Bertuahlah...:)
MUga ALLAH memberinya pahala atas jasa pengorbanannya itu..KIta yang masih tinggal....bemuhasabahlah..