Sunday, November 13, 2011

Selepas lama menyepi

Hujung minggu ini saya berkesempatan menyertai sekumpulam orang muda yang bertekad menceburi bidang penulisan kreatif untuk tujuan berdakwah. Dah agak lama saya tidak menyertai kumpulan sedemikian, sudah hampir dua tahun rasanya. Walaupun masih terlibat dengan perbincangn di bilik kuliah dengan pelajar-pelajar, diskusi yang baru lepas itu agak berbeza. Agaknya dek kerana sudah agak lama tidak mengalami suasana demikian ia boleh menimbulkan kesan yang lebih baik berbanding penyertaan di masa-masa lalu. Betullah kata orang hidangan yang lazat sekali pun kalau setiap hari memakannya boleh mengurangkan rasa lazatnya, hilang "uhmm"nya . Jadi harap-harap tempias semangat dan kesungguhan mereka turut mengenai diri saya.

1 comment:

  1. Assalammualaikum Dr

    Teruskan semangat. Harapnya tidak patah di tengah jalan. Jom sama-sama mengorak langkah....

    ReplyDelete